Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh
How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways
of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap
pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga
kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population).
Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata- mata diwarisi. Jika
kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak
semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian
terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara muridmurid yang lemah
daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah
profesional.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza
mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai
fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan
sebelah otak sahaja.
Kecerdasan pelbagai ialah kecerdasan-kecerdasan yang ada
pada setiap kita yang normal dan waras. Bagaimanapun, tahap-tahap kecerdasan
ini adalah berbeza-beza antara setiap individu. Jika tahap-tahap kecerdasan yang
kita ada adalah tinggi, kita bolehlah dikatakan 'hebat' atau bagus. Teori
kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran secara hubungan berikut iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan naturalis, kecerdasan matematikal logical, kecerdasan
visual & ruang, kecerdasan muzikal, kecerdasan interpersonal, dan kecerdasan
intrapersonal.
Kecerdasan verbal dan lingustik adalah kebolehan
menggunakan perkataan dan bahasa. Individu yg mempunyai kecerdasan ini
mempunyai kemahiran yg tinggi dalam mendengar dan biasanya ahli syarahan.
Mereka berfikir dalam perkataan dan bukannya gambaran. Kemahiran mereka
termasuklah mendengar, berucap, menulis, bercerita, menerangkan, mengajar,
berjenaka, memahami kesilapan dan maksud perkataan, mengingati maklumat,
menyakinkan orang lain melalui pandangannya, menganalisa penggunaan bahasa dan
sebagainya.
Kecerdasan kinestetik adalah kebolehan mengawal
pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan baik. Individu ini
boleh menyatakan atau menyerlah diri melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan
serta koordinasi mata dan tangan yang baik. Mereka mampu mengingati dan
memproses maklumat melalui interaksi dengan ruang di sekeliling. Kemahiran
mereka termasuklah menari, koordinasi fizikal, bersukan, eksperimen,
menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk
mencipta atau membina, dan menyatakan perasaan melalui tubuh badan.
Kecerdasan matematikal logikal adalah Kebolehan menggunakan
sebab, lojik dan nombor. Individu yang mempunyai kecerdasan ini berfikir secara
konseptual dan corak numerikal serta membuat perkaitan antara maklumat-maklumat
yang ada. Kemahiran mereka termasuklah menyelesaikan masalah, mengkategorikan
maklumat, memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain,
mampu mengendalikan sebab musabab yang banyak dan panjang untuk mendapatkan
kemajuan, melakukan eksperimen yang terkawal, suka menyoal, ingin tahu lebih dalam
tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, dan boleh menyelesaikan
pengiraan matematik yg complex.
Kecerdasan visual dan ruang adalah kebolehan membuat
gambaran secara visual. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk
berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk mengekalkan
maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Kemahiran mereka termasuklah menyelesaikan puzzle, membaca, menulis, memahami
carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat dan mewarna, membina
metafora visual dan analogi, memanipulasikan imej, membina, memasang dan
merekabentuk objek, dan mentafsir imej visual.
Kecerdasan musikal adalah Kebolehan menghasilkan dan
menghargai musik melalui bunyi, ritma dan corak. Mereka dengan segera akan
memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yang mereka dengar.
Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi-bunyi persekitaran seperti
loceng, cengkerik, titisan air dan sebagainya. Kemahiran mereka termasuklah menyanyi,
bersiul, bermain alat muzik, mengenali corak ton, menggubah muzik, mengingati
melodi, memahami struktur dan ritma muzik.
Kecerdasan interpersonal adalah Kebolehan berhubung dan
memahami orang lain. Individu ini boleh melihat perkara-perkara melalui
pandangan orang lain dalam usaha untuk memahami bagaimana mereka berfikir dan merasa.
Mereka kadang-kadang mampu untuk merasai perasaan, niat dan memberikan motivasi
kepada orang lain. Mereka adalah baik dalam mengorganisasi, walaupun
kadang-kadang mereka memanipulasi orang lain. Secara umum, mereka mampu untuk
mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kumpulan serta menggalakkan
kerjasama. Mereka menggunakan verbal (bercakap) dan bukan verbal (bahasa badan,
hubungan mata) untuk memulakan komunikasi dengan orang lain. kemahiran mereka
termasuklah melihat perkara dari perspektif berbeza, mendengar, menggunakan
empati, memahami mood dan perasaan orang lain, kaunseling, bekerjasama dalam
kumpulan, bermotivasi, mampu berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal,
mewujudkan kepercayaan, menyelesaikan konflik secara aman, mewujudkan
perhubungan yang postitif dengan orang lain.
Kecerdasan intrapersonal adalah Kebolehan merefleksi diri
dan menyedari tentang keadaan dalam orang lain. Individu ini mampu memahami
perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kekuatan dan kelemahan
diri. Kemahiran mereka termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri,
merefleksi dan menganalisa diri, menyedari perasaan dalaman, keinginan dan
impian, menilai corak pemikiran, memahami peranan dalam perhubungan dengan
orang lain dan sebagainya.
Dengan
memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Manusia dapat menempah nama dalam bidang
masing-masing. Masa depan yang cerah menjadi penyumbang utama dalam sejarah
manusia dan dihormati sepanjang zaman. Kesimpulannya adalah, Garner menyedarkan
kita bahawa sekiranya kanak-kanak tidak pandai dalam akademik, tidak semestinya
mereka tidak cerdas. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan kinestetik badan, dan
sekiranya mereka mendapat bimbingan dan galakan, suatu hari nanti mereka pasti
akan menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup.
No comments:
Post a Comment