Model Kompetensi Kecerdasan Emosi
yang dibina oleh Goleman sendiri mengandungi ciri-ciri yang berbeza dengan
Model Inventori Kompetensi Emosi dibina dengan kerjasama Boyatzis. Antara ciri
perbezaan dalam dua model itu ialah: Goleman menggunakan pengurusan hubungan
sebagai kemahiran sosial di bawah kompetensi kecerdasan emosi sosial. Selain
itu, modelnya menggunakan anak panah untuk menunjukkan aliran kompetensi sebagai
perhubungan antara komponen-komponen aspek personal dengan aspek sosial.
Menurut Goleman, kecerdasan emosi
merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain,
memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung
dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan
kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap
sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan
konsep kecerdasan emosi, Goleman (2002) membahagikan kecerdasan emosi kepada
lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi
dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali
emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri
sendiri,mengenal emosi orang lain dan membina hubungan.
Komponen pertama iaitu mengenali emosi
diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya
pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai
penilaian yang realistik serta mempunyai 3 keyakinan diri sendiri yang
kukuh.Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan
menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri. Komponen kedua ialah kebolehan mengatur
emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan
lebih terkawal. Terdapat enam subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah,
penyesuaian, rajin, amanah, inisiatif dan oreantasi pencapaian .Bagi Goleman,
mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat
menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan
dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga
menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu
seseorang mengawalperasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan
tingkah laku yang tersasar.Disamping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan
emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan.
Komponen ketiga ialah berkaitan
dengan keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak
atau disebuts ebagai motivasi. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan
iaitu dorongan, pencapaian,komitmen, inisiatif dan optimisme. Individu yang
mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif dan
berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup.Kebolehan ini membantu seseorang itu
untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari
kegagalan.
Seterusnya, komponen keempat dalam
model Goleman ialah empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang
orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap
lapisan masyarakat. Selain itu, kanak -kanak yang berusia dua tahun sudah mula
dapat memahami perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan kemahiran
sedemikian boleh membantu seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik
dengan semua orang. Kemahiran ini dapat memberikan panduan kepada seseorang
mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusuli kemudian.
Komponen kelima ialah kemahiran
sosial iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan
sosial yang baik. Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan
memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat
membantu seseorang berinteraksi dengan baik.Disamping itu, kebolehan juga
membolehkan seseorang mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan
sesuatu konflik. Selain itu, kemahiran sosial juga untuk mengurus perhubungan
antara perseorangan melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk
menyesuaikannya semasa membina perhubungan dengan orang lain.Terdapat lapan
subkompetensi yang mewakili kompetensi ini iaitu pengaruh, komunikasi,pengurusan
konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu,bekerjasama
dan keupayaan berkumpulan.
Setelah melalui proses pemantapan
dalam kerangka konseptualnya, Goleman merangkumkan beberapa elemen kepada empat
dimensi iaitu dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial.
Keempat-empat dimensiini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai kecergasan
emosi dan menggunakannyamengikut masa yang sesuai. Empat dimenasi utama yang
dikenalpasti adalah kesedarankendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan
kemahiran sosial. Dimensi pertama iaitukesedaran kendiri merangkumi pengukuran
terhadap kesedaran emosi kendiri, ketepatanpenilaian kendiri dan keyakinan.
Seterusnya, dimensi kedua berkaitan dengan pengurusankendiri iaitu mengandungi
kawalan kendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasipencapaian dan
inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitan dengan kesedaran sosial,memasukkan
empati, kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah
kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu
rakan,kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik
dan menjalinkan hubungan. Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model
kecerdasanemosi yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif
kerana ia dapatmembantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian.
Model tersebut juga menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji
spektrum mekanisme psikologiyang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan,
kekeluargaan dan masyarakat.